Kencing Manis (Diabetes) ~ Kak Zainab @ Penang
Kak Zainab berusia awal 40an semasa beliau diserang penyakit kencing manis (diabetes). Punca luka pada kaki beliau tidak sembuh adalah disebabkan beliau secara tidak sengaja tersepak batu. Luka dari asalnya kecil sehingga menjadi semakin besar. Beliau telahpun dimasukkan ke dalam wad Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan dan pembedahan potong jari hantu beliau.
| Keadaan luka kaki Kak Zainab pada hari pertama sebelum menerima rawatan daripada RB. |
Kak Zainab diperkenalkan kepada RB melalui adik ipar beliau yang duduk satu taman dengan RB. Pertemuan pertama kali RB dengan Kak Zainab, beliau tidak mengizinkan RB membuat rawatan untuk beliau kerana beliau masih trauma dengan insiden di wad Hospital Seberang Jaya dimana doktor telah melakukan pembedahan potong jari hantu beliau. Nasihat doktor, kemungkinan besar jari manis pun kena dipotong kerana hampir separuh jari tersebut isi mula reput dan mati. Perkara ini menambahkan lagi kerisauan beliau. RB bukan seorang doktor dan beliau pun kurang yakin dengan rawatan RB. Untuk menyakinkan beliau, RB berkongsi pengalaman RB merawat pesakit RB yang lain dengan beliau. Nasihat RB kepada beliau, kita kena redha dengan ketentuan Allah SWT. Hendak menyembuhkan penyakit, kita sebagai hamba pun kena yakin dan banyak berdoa pada Allah SWT semoga dapat kembalikan nikmat kesihatan. Pertemuan pertama kali, RB tidak membuat rawatan kepada beliau kerana beliau sangat lemah pada ketika itu, trauma dan kurang yakin dengan RB.
Selang dua tiga hari, adik ipar Kak Zainab panggil RB ke rumah Kak Zainab lagi. Atas sokongan dan nasihat adik-beradik beliau, syukur Alhamdulillah, beliau sudi menerima rawatan daripada RB. Berikut merupakan beberapa keping gambar yang saya ingin kongsikan sepanjang rawatan yang diberikan kepada beliau.
Hari pertama RB merawat Kak Zainab, ................

No comments:
Post a Comment